Selasa, 24 Mei 2011

Info Asas Untuk Tempahan Pembantu Rumah

a)  Pembantu Rumah telah mempunyai passport.
b)  Sedia untuk masuk ke Malaysia menggunakan Visa Pelancong.
c)  Telah mempunyai Status Medikal dari negara asal.
d)  Sedia untuk perkhidmatan mengasuh bayi dan kanak-kanak, mengemas dan memasak.

e)  Bayaran kepada penganjur :
     i)  Kali Pertama : RM3,000 (Tempahan dan pengesahan setuju)
    ii)  Kali Kedua :   RM1,000 (Setelah tiket ditempah oleh penganjur dan salinan dikepilkan)

f)  Gaji:
     RM450/bulanan

g)  Potongan: 3 bulan pertama sahaja.
     Digalakkan membayar separuh bulan gaji untuk 6 bulan pertama
     (RM225.00 selama 6 bulan pertama dan kembali bayar gaji penuh pada bulan ke-7)

h)  Cuti : 1 hari seminggu (samada Jumaat atau Ahad)
             - Cuti bukan bermaksud Pembantu Rumah dibenarkan bebas keluar
                dari rumah majikan; tetapi boleh diberikan rehat untuk uruskan keperluan
                diri sendiri di rumah majikan.


Catatan Khas:

i)  Urusan KDN (levi), Visa dan Pemeriksaan Kesihatan (FOMEMA) diuruskan sendiri 
    oleh majikan.

ii)  Bagi kes kegagalan ujian kesihatan FOMEMA; akan diganti baru secara percuma dengan
      syarat salinan keputusan ujian kesihatan dikemukakan kepada penganjur.

iii) Bagi kes lari dalam tempoh 4 bulan pertama juga akan diganti baru secara percuma
     dengan syarat salinan Laporan Polis di kemukakan kepada penganjur.

iv)  Tiada gantian untuk Pembantu Rumah yang tidak sesuai dengan majikan.  Kerjasama
      majikan memilih dengan teliti dari biodata yang dibekalkan adalah amat diperlukan.

Sabtu, 21 Mei 2011

TRANSFORMASI.............. BUDAYA HORMAT


Pendidikan bermula dari rumah.  Rumahlah yang membentuk peribadi anak-anak.  Begitu juga dengan budaya hormat-menghormati.  Bermula dengan menghormati ahli keluarga, (ibu, ayah, abang, kakak, opah, tokbah, dan lain-lain).  Dulu, ibu mengasuh anak-anak dengan memanggil pangkat dalam keluarga.  Itu dulu. Sekarang keadaan ini sudah berubah sama sekali.  Anak anak terasuh dengan memanggil dengan panggilan nama sahaja.  Panggilan along, angah, uda, ateh/hitam, alang, cik, andak, ucu sudah tiada lagi, hampir berkubur....

Di sekolah, anak-anak dididik oleh guru dengan memberikan ucapan hormat apabila guru memasuki kelas.  Perkara ini tidak banyak berubah sejak dulu hinggalah sekarang.  Bila ditanyakan kepada pelajar kenapa mereka berbuat demikian jawapannya ialah sebagai tanda hormat.  Di sekolah rendah, anak-anak lebih tertib.  Namun bila masuk ke sekolah menengah, keadaan ini sudah berubah, tiada lagi jalan berbaris, samada keluar kelas, di kantin, ke makmal kemahiran hidup, ke makmal sains, dan ketika menaiki bas bila balik dari sekolah. 

Di sesetengah sekolah tiada lagi pelajar bangun memberi hormat bila guru yang tak mengajar mereka atau orang luar memasuki kelas. Kenapa agaknya…. Bukan sahaja pelajar, keadaan ini juga berlaku pada guru. Pernah berlaku Pegawai Pelajaran Daerah memasuki bilik guru, guru yang berada dalam bilik guru itu tidak menghiraukan kehadiran pegawai tersebut kecuali seorang guru veteran datang bersalam dan menyapa pegawai tersebut.  Pasti malu rasanya ketua sekolah yang mengiringinya.  Begitulah senarionya.