hormat adalah suatu nilai yg ada pada setiap individu. ia terbit dari satu proses. bila dikatakan proses ia mengambil masa yang panjang, mungkin bertahun. akhirnya apa yang dilatih, akan menjadi satu bentuk perlakuan semulajadi. Asas nilai ini ialah perlakuan dan dilengkapkan oleh pertuturan. Lihat nilai hormat yang ada pada diri sendiri. kemudian fikirkan. apakah nilai hormat kite berbeza dgn nilai hormat yg terhasil dari didikan kita. kalau ia berlainan, fikirkan kenapa agaknya begitu. Nilai hormat ini adalah sejagat. namun ia subjektif. Berbeza antara individu, keluarga, kelompok masyarakat, daerah, negeri dan negara. Hormat bukan sahaja kepada sesama makluk hidup tetapi juga antara makhluk hidup dengan benda tidak hidup.
Bermula dari rumah nilai hormat di pelajari melalui ibu, ayah, adik beradik, keluarga lain yg tingggal serumah. ini zaman bahari. Waktu itu ayah bekerja kampung dan mak juga lebih banyak duduk dirumah. Anak-anak setiap saat bersama ibu. Masyarakat masih kuat ikatannya dan ia membantu dan ia membantu mengasuh nilai ini. Ibarat satu keluarga dan setiap perlakuan, pertuturan mendapat tunjuk ajar dan teguran dari semua org kampung. Masyarakat membantu membina nilai hormat. Masyarakat menjadi agensi pendidikan. Ayah dan ibu pula menerima semua teguran yg diutarakan berkaitan dgn anaknya dengan hati terbuka. Anak bakal menerima dendaan jika ada teguran dari mana-mana ahli masyarakat. Mereka mementingkan maruah. itulah ayatnya. Jaga maruah mak dan ayah. jaga maruah keluarga. Nilai ini diajar secara praktikal ketika anak2 melakukan kesalahan. Terus ditegur dan dibetulkan. Anak pula menerima dengan akur. kasih sayang ibu ayah dan keluarga ditunjukkan melalui perbuatan. jarang melalui perkataan. tapi anak2 faham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan