Pendidikan bermula dari rumah. Rumahlah yang membentuk peribadi anak-anak. Begitu juga dengan budaya hormat-menghormati. Bermula dengan menghormati ahli keluarga, (ibu, ayah, abang, kakak, opah, tokbah, dan lain-lain). Dulu, ibu mengasuh anak-anak dengan memanggil pangkat dalam keluarga. Itu dulu. Sekarang keadaan ini sudah berubah sama sekali. Anak anak terasuh dengan memanggil dengan panggilan nama sahaja. Panggilan along, angah, uda, ateh/hitam, alang, cik, andak, ucu sudah tiada lagi, hampir berkubur....
Di sekolah, anak-anak dididik oleh guru dengan memberikan ucapan hormat apabila guru memasuki kelas. Perkara ini tidak banyak berubah sejak dulu hinggalah sekarang. Bila ditanyakan kepada pelajar kenapa mereka berbuat demikian jawapannya ialah sebagai tanda hormat. Di sekolah rendah, anak-anak lebih tertib. Namun bila masuk ke sekolah menengah, keadaan ini sudah berubah, tiada lagi jalan berbaris, samada keluar kelas, di kantin, ke makmal kemahiran hidup, ke makmal sains, dan ketika menaiki bas bila balik dari sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan